6 Jenis Suplemen Bantu Atasi Masalah Ketidaksuburan Lelaki

Apabila sudah lama berumahtangga, perkara yang dinantikan ialah kehadiran seorang anak sebagai pelengkap rumahtangga. Namun, berita baik yang dinantikan tidak kunjung tiba. Pelbagai persoalan akan ditanya apabila balik kampung, keluar dengan kawan dan saudara mara.

suplemen bantu atasi masalah ketidaksuburan

Kebiasaannya, masalah ketidaksuburan ini selalu ditujukan kepada para isteri. Mandul, tidak subur, dan sebagainya. Selamatlah para suami dan isteri sentiasa dalam keadaan tertekan.

Anda perlu tahu bahawa, masalah ketidakkesuburan ini bukanlah berpunca daripada  isteri semata-mata. Suami juga mempunyai masalah ketidaksuburan dan masyarakat tidak nampak akan hal ini.

Umumnya, terdapat beberapa masalah ketidaksuburan lelaki yang perlu anda tahu iaitu :

  1. Oligozoospermia – kepekatan sperma yang rendah
  2. Asthenospermia – motilitas sperma berkurang
  3. Teratozoospermia-Sperma dengan morfologi yang tidak normal

Sebenarnya terdapat beberapa jenis suplemen bantu atasi masalah ketidaksuburan kaum adam. Suplemen ini bukan sahaja bermanfaat untuk kesuburan, malah juga bermanfaat untuk kesihatan badan.

Masalah ketidaksuburan lelaki adalah disebabkan oleh faktor tekanan oksidatif, terdedah dengan radiasi, faktor pemakanan, kurang nutrisi, masalah berat badan, penggunaan alkohol, merokok, dan juga emosi.

6 Jenis Suplemen Bantu Atasi Masalah Ketidaksuburan Lelaki

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh para saintis menemui bahawa makanan tambahan membantu meningkatkan kesuburan lelaki dan mengurangkan masalah ketidaksuburan.

Berikut adalah senarai suplemen bantu atasi masalah ketidaksuburan lelaki :

1. Vitamin E

Vitamin E adalah sumber antioksidan larut lemak. Fungsinya adalah untuk meneutralkan radikal bebas dan melindungi membran selular daripada serangan radikal bebas.

Satu kajian yang dijalankan pada tahun 1924, mendapati bahawa vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif lelaki dengan pengambilan 600iu-800iu vitamin E. Vitamin E bantu meningkatkan bilangan sperma.

Vitamin E juga bantu meningkatkan daya keinginan seks terhadap pasangan.

2. CoQ10

CoQ10 sangat kaya dengan antioksidan dan fungsinya juga adalah untuk menjana tenaga. CoQ10 juga membantu meningkatkan kualiti, kuantiti sperma dan kualiti air mani.

3. Zink

Zink adalah sejenis mineral yang diperlukan oleh badan kita. Dari aspek kesuburan lelaki, kekurangan zink boleh menyebabkan kurnag daya seksual. Melindungi spermatozoa daripada bakteria dan juga menghalang kerosakan pada kromosom. Zink juga membantu meningkatkan jumlah sperma, dan menghasilkan sperma yang berkualiti.

4. Vitamin C

Vitamin C juga kaya dengan antioksidan dan bersifat larut air. Vitamin C membantu meningkatkan kepekatan air mani dan menghalang kerosakan DNA.

5. Asid Folik

Menurut kajian, asid folik yang diambil bersama Zink mampu meningkatkan kepekatan air mani.

6. Selenium

Selenium sangat penting dalam pembentukan sperma dan biosintesis testosteron. Kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa selenium membantu meningkatkan jumlah sperma, kepekatan, kualiti dan morfologi sperma.

Testimoni Set Kesuburan Lelaki

suplemen untuk atasi masalah ketidaksuburan

Testimoni Set Kesuburan Suami Isteri

suplemen untuk atasi masalah ketidaksuburan

Kesimpulannya kesemua suplemen di atas sangat penting untuk lelaki kerana ianya membantu meningkatkan kesuburan, meningkatkan tenaga serta kesihatan kardiovaskular lelaki. Pengambilan yang konsisten sangat digalakkan untuk kesihatan jangka panjang.

Sumber Rujukan :

1.https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/10097795

2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5203687/

 

tanda-tanda mengandung

WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
www.wassap.my/60132321416
Email : puteribongsu33@gmail.com

Seorang Ibu yang bekerja dari rumah (WAHM), mempunyai dua orang cahaya mata, dan merupakan Konsultan Nutrisi Shaklee sejak tahun 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *