Category Archives: Kehamilan

Shaklee Baby: Pakar Penjagaan Kulit Bayi & Bebas Bahan Kimia

Sebagai ibu bapa, menjadi tanggungjawab untuk membesarkan anak dengan persekitaran yang selamat dan sihat. Saat  kelahiran anak ke dunia adalah saat yang ditunggu-tunggu. Justeru, pelbagai persediaan untuk menyambut hadiah istimewa ini telah dilakukan.

Kulit bayi sangat lembut dan sangat sensitif. Tidak semua produk bayi yang dijual di pasaran sesuai dengan kulit  mereka. Jika salah guna produk, kesan buruk pasti akan berlaku seperti ekzema, gatal-gatal dan ruam. Continue reading Shaklee Baby: Pakar Penjagaan Kulit Bayi & Bebas Bahan Kimia

Cara Mudah Buat Air Selusuh Sendiri

Kebiasaannya bila waktu kandungan memasuki 7 bulan, ibu hamil akan ke rumah bidan-bidan kampung untuk buat air selusuh. Ini adalah adat kita sejak zaman nenek moyang lagi.

Sehingga ke hari ini masih lagi diamalkan. Bahan-bahan yang diperlukan adalah telur ayam kampung, air masak, dan minyak kelapa.

Tujuannya adalah untuk memudahkan proses bersalin. Telur ayam kampung dimakan mentah tanpa masak. Minyak kelapa pula diminum dan disapu pada perut. Continue reading Cara Mudah Buat Air Selusuh Sendiri

Tips Mudah Bersalin Yang Wajib Diamalkan

Menjelangnya kelahiran, kebanyakan ibu hamil pastinya akan merasakan sedikit debaran.Terutamanya, jika anda hamil anak pertama dan tidak mempunyai pengalaman. Tambahan pula, jika banyak mendengar cerita dan pengalaman daripada mereka yang sudah melaluinya.

Proses bersalin digambarkan adalah sukar, menyakitkan dan juga kadangkala boleh membahayakan nyawa ibu atau bayi jika tiada persediaan dilakukan. Justeru, ibu hamil perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu bersalin atau mencari tips mudah bersalin untuk rujukan.

Jadi, saya ingin kongsikan tips mudah bersalin yang saya amalkan semasa hamil anak kedua. Tips ini perlu diamalkan semasa kehamilan lagi agar kita lebih bersedia apabila tibanya waktu bersalin. Saya akui, semasa hamil anak sulong memang tidak banyak ilmu bersalin yang saya cari. Continue reading Tips Mudah Bersalin Yang Wajib Diamalkan

Tips Persediaan Penyusuan Sebelum Bersalin

Kehamilan merupakan detik yang terindah dalam kehidupan seorang ibu. Kebiasaannya semasa hamil bakal ibu sibuk menyediakan kelengkapan bayi dan ibu terutamanya dari aspek pakaian, persediaan menghadapi kontraksi dan lain-lain.

Namun harus diingatkan bahawa persediaan penyusuan perlu dititikberatkan terutamanya bagi ibu yang ingin menyusukan bayi mereka sehingga usia 2 tahun. Untuk penyusuan ibu haruslah bersedia dari segi mental dan fizikal. Continue reading Tips Persediaan Penyusuan Sebelum Bersalin

Bahaya Bengkak Susu Bagi Ibu-ibu Menyusu

Masalah bengkak susu biasanya kerap dialami oleh ibu-ibu menyusu terutamanya ibu yang masih dalam pantang. Saya juga tidak terkecuali mengalami masalah ini semasa berpantang anak pertama.

Baru-baru ini, adik ipar pula mengalami masalah yang sama. Jadi saya kongsikan dengan anda cara untuk mengatasi masalah ini supaya tidak berlaku perkara yang lebih serius lagi.

bengkak susu

Bengkak susu ialah satu situasi yang mana, kuantiti susu terlalu banyak terhasil dan pada masa yang sama, puting susu dan kawasan aerola tersumbat. Continue reading Bahaya Bengkak Susu Bagi Ibu-ibu Menyusu