Category Archives: Kesuburan

Bahaya Bengkak Susu Bagi Ibu-ibu Menyusu

Masalah bengkak susu biasanya kerap dialami oleh ibu-ibu menyusu terutamanya ibu yang masih dalam pantang. Saya juga tidak terkecuali mengalami masalah ini semasa berpantang anak pertama.

Baru-baru ini, adik ipar pula mengalami masalah yang sama. Jadi saya kongsikan dengan anda cara untuk mengatasi masalah ini supaya tidak berlaku perkara yang lebih serius lagi.

bengkak susu

Bengkak susu ialah satu situasi yang mana, kuantiti susu terlalu banyak terhasil dan pada masa yang sama, puting susu dan kawasan aerola tersumbat. Continue reading Bahaya Bengkak Susu Bagi Ibu-ibu Menyusu

Diabetis Semasa Hamil

Diabetis merupakan salah satu penyakit yang popular melanda masyarakat Malaysia dan tidak mengenal usia. Ibu hamil juga tidak terkecuali.

Diabetis semasa hamil juga digelar gestational diabetis kerana perubahan hormon semasa hamil menyebabkan hormon insulin tidak dapat dihasilkan dengan sebaiknya. Continue reading Diabetis Semasa Hamil

Pantang Larang Semasa Hamil Yang Perlu Di Elakkan

pantang larang semasa hamilKehamilan merupakan satu saat yang indah dan manis untuk dirasai oleh semua wanita. Walaubagaimanapun, semasa hamil banyak perkara yang perlu ibu pelajari dan ibu ketahui.

Oleh itu, sebelum kehamilan si ibu perlu mencari banyak info tentang kehamilan dan perlu juga melakukan persediaan setelah disahkan hamil. Banyak perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan sepanjang kehamilan. Continue reading Pantang Larang Semasa Hamil Yang Perlu Di Elakkan

Kebaikan Meal Shakes Sebagai Susu Multivitamin Terbaik

kebaikan meal shakesMultivitamin yang kita kenal biasanya dalam bentuk tablet atau kapsul yang dijual di farmasi dan klinik. Lain pula bagi multivitamin keluaran shaklee ini. Walaupun terdapat multivitamin dalam bentuk tablet, shaklee juga mengeluarkan vitamin dalam bentuk susu. Continue reading Kebaikan Meal Shakes Sebagai Susu Multivitamin Terbaik

Susu Ibu : Manfaat Dan Cara Menyusukan Bayi

susu ibuSyukur ke hadrat ilahi kerana selama 1 tahun 5 bulan saya telah menyusukan anak pertama saya dengan susu ibu anugerah Allah s.w.t. Sangat bersyukur kerana niat saya dipermudahkan olehNya.

Susu ibu merupakan susu yang terbaik untuk bayi dan ibu menyusu disarankan supaya menyusukan bayi sehingga berusia 2 tahun.

Telah tertulis dalam Al-Quran iaitu surah Al-Baqarah Ayat 233.

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama 2 tahun penuh, iaitu bagi yang menyempurnakan penyusuan. “

Continue reading Susu Ibu : Manfaat Dan Cara Menyusukan Bayi