Category Archives: Milkbooster

Tips Mudah Bersalin Yang Wajib Diamalkan

Menjelangnya kelahiran, kebanyakan ibu hamil pastinya akan merasakan sedikit debaran.Terutamanya, jika anda hamil anak pertama dan tidak mempunyai pengalaman. Tambahan pula, jika banyak mendengar cerita dan pengalaman daripada mereka yang sudah melaluinya.

Proses bersalin digambarkan adalah sukar, menyakitkan dan juga kadangkala boleh membahayakan nyawa ibu atau bayi jika tiada persediaan dilakukan. Justeru, ibu hamil perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu bersalin atau mencari tips mudah bersalin untuk rujukan.

Jadi, saya ingin kongsikan tips mudah bersalin yang saya amalkan semasa hamil anak kedua. Tips ini perlu diamalkan semasa kehamilan lagi agar kita lebih bersedia apabila tibanya waktu bersalin. Saya akui, semasa hamil anak sulong memang tidak banyak ilmu bersalin yang saya cari. Continue reading Tips Mudah Bersalin Yang Wajib Diamalkan

Tips Persediaan Penyusuan Sebelum Bersalin

Kehamilan merupakan detik yang terindah dalam kehidupan seorang ibu. Kebiasaannya semasa hamil bakal ibu sibuk menyediakan kelengkapan bayi dan ibu terutamanya dari aspek pakaian, persediaan menghadapi kontraksi dan lain-lain.

Namun harus diingatkan bahawa persediaan penyusuan perlu dititikberatkan terutamanya bagi ibu yang ingin menyusukan bayi mereka sehingga usia 2 tahun. Untuk penyusuan ibu haruslah bersedia dari segi mental dan fizikal. Continue reading Tips Persediaan Penyusuan Sebelum Bersalin

Bahaya Bengkak Susu Bagi Ibu-ibu Menyusu

Masalah bengkak susu biasanya kerap dialami oleh ibu-ibu menyusu terutamanya ibu yang masih dalam pantang. Saya juga tidak terkecuali mengalami masalah ini semasa berpantang anak pertama.

Baru-baru ini, adik ipar pula mengalami masalah yang sama. Jadi saya kongsikan dengan anda cara untuk mengatasi masalah ini supaya tidak berlaku perkara yang lebih serius lagi.

bengkak susu

Bengkak susu ialah satu situasi yang mana, kuantiti susu terlalu banyak terhasil dan pada masa yang sama, puting susu dan kawasan aerola tersumbat. Continue reading Bahaya Bengkak Susu Bagi Ibu-ibu Menyusu

Teknik Penyusuan Bayi Untuk Bakal Ibu

Tahniah atas kehamilan anda!. Pastinya kehamilan membawa seribu kebahagiaan buat pasangan suami isteri.

Menjelangnya kelahiran bayi, terutamanya bayi pertama memang sangat mengujakan. Pelbagai persediaan dibuat oleh bakal ibu dan bapa. Kebiasaanya, bahagian paling teruja ialah bab membeli kelengkapan bayi seperti baju, lampin dan sebagainya. Continue reading Teknik Penyusuan Bayi Untuk Bakal Ibu

Tips Susu Ibu Meriah Khas Untuk Ibu Bekerja

Adakah anda seorang ibu menyusu danĀ  bekerjaya?. Pastinya hari-hari anda sangat memenatkan. Mana tidaknya, pulang kerja tanggujawab sebagai seorang ibu harus diutamankan.

Jom tonton video ini terlebih dahulu. Selamat menonton!.

Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo. Continue reading Tips Susu Ibu Meriah Khas Untuk Ibu Bekerja