Category Archives: Nutrisi Kanak-kanak

Tips Penjagaan Luka Berkhatan Supaya Cepat Sembuh

Baru-baru ini, anak kedua saya telah selamat berkhatan. Usianya baru 3 tahun 4 bulan dan kami memilih untuk berkhatan awal kerana beliau mengalami masalah phimosis. Klik sini untuk cerita tentang phimosis dan anak saya.

luka berkhatan

Justeru, saya ingin kongsikan pengalaman yang ada untuk penjagaan semasa berpantang. Berpantang kerana berkhatan bukanlah seperti berpantang selepas bersalin. Terdapat juga tips yang saya dapat daripada kawan-kawan yang berpengalaman dalam hal ini. Continue reading Tips Penjagaan Luka Berkhatan Supaya Cepat Sembuh

Pengalaman Anak Bersunat Seawal Usia 3 Tahun Kerana Phimosis @ ‘Bebird Buta’

phimosis

Phimosis biasanya berlaku kepada golongan lelaki dewasa (bukan Islam) dan kanak-kanak lelaki. Ianya satu keadaan yang mana kulup tidak dapat ditarik balik ke atas. Kesannya, zakar menjadi bengkak kerana air kencing tidak dapat keluar dengan baik dan kencing tidak puas. Phimosis juga disebabkan oleh saluran kencing yang agak sempit. Continue reading Pengalaman Anak Bersunat Seawal Usia 3 Tahun Kerana Phimosis @ ‘Bebird Buta’

Penyakit Tangan Kaki & Mulut (HFMD) Dalam Kalangan Kanak-kanak

Sekarang ini heboh tentang Penyakit Tangan Kaki dan Mulut di Malaysia. Teringat pengalaman 4 tahun lepas apabila anak sulong mengalaminya. Usia Yusuff pada waktu itu adalah lebih kurang 8 bulan. Demam, tidak mahu menyusu & kerap menangis.

hfmd

Semalam, saya terdengar perkongsian daripada Dr. Norita Shamsuddin, Pakar Perubatan Kesihatan Awam , Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia di IKIM.FM tentang HFMD. Jadi saya kongsikan disini untuk rujukan ibu bapa supaya lebih tahu tentang penyakit ini. Continue reading Penyakit Tangan Kaki & Mulut (HFMD) Dalam Kalangan Kanak-kanak

Inspirasi Sihat Suku-suku Separuh & Pemakanan Yang Seimbang

Melangkah ke tahun baru 2018 dengan penuh pengharapan & semangat baru. Buka buku baru tutup buku lama. Yang negatif kita tinggalkan & ambil yang positif sahaja.

suku-suku separuh

  1. Tahun ini Wan akan teruskan apa yang Wan buat pada tahun lepas iaitu makan secara sihat suku-suku separuh & pengambilan suplemen secara bijak. Continue reading Inspirasi Sihat Suku-suku Separuh & Pemakanan Yang Seimbang

Tips Mencegah Tonsilitis Daripada Membengkak & Berulang Lagi

Setiap orang mempunyai Tonsil. Tonsil ialah dua nodus limfa yang terletak pada bahagian belakang kerongkong  dan fungsinya ialah sebagai benteng pertahanan menghalang badan kita daripada jangkitan. Apabila tonsil dijangkiti virus atau bakteria, akan digelar Tonsilitis

tonsilitis

Simptom dan gejalaTonsilitis ialah tonsil membengkak, sakit tekak yang teruk, nafas berbau, sakit kepala, susah menelan makanan, bengkak kelenjar leher, sakit telinga,  tonsil mempunyai bintik kuning atau putih dan menggigil.

Tonsilitis biasanya boleh berlaku kepada semua golongan dan peringkat umur termasuklah kanak-kanak. Continue reading Tips Mencegah Tonsilitis Daripada Membengkak & Berulang Lagi