Category Archives: Sakit Sendi

Slip Disc : Punca & Rawatan Yang Sesuai

Apa itu Slip Disc & Punca Penyebabnya

Slip Disc atau cakera tergelincir merupakan masalah yang jarang sekali berlaku. Kebiasaanya, akan berlaku kepada mereka melakukan kerja-kerja berat dan kasar seperi buruh, pemandu lori, ahli sukan angkat berat, dan mereka yang pernah mengalami kemalangan. Slip disc terjadi apabila cakera pada tulang rawan rosak dan menekan pada saraf.

Slip disc berlaku apabila bulatan tisu penghubung cakera rosak dan membuatkan tekanan akan dirasai pada saraf tunjang. Faktor umur juga boleh menyebabkan slip disc berlaku, terutamanya apabila usia meningkat cakera tulang belakang akan kehilangan kandungan air, cakera semakin kurang fleksibel dan mula pecah.

slip disc

Slip disc akan mengambil masa selama satu hingga tiga bulan untuk sembuh. Rawatan yang sesuai untuk mengatasi masalah ini ialah fisioterapi, urutan dan senaman. Selain itu, doktor akan bekalkan ubat tahan sakit untuk melegakan kesakitan akibat slip disc. Pembedahan akan dilakukan jika keadaan sudah menjadi parah.

Testimoni Slip Disc

 

“Assalamualaikum wbt.

Saya Siti Roziana Bt.Alias, berumur 33 tahun dan merupakan ibu kepada 3 orang cahaya mata. Saya seorang WAHM dan kini menetap di Puchong.

Saya seorang yang agak aktif ketika di universiti dahulu. Bola jaring, kayak dan aktiviti rekreasi lasak menjadi pilihan ketika itu. Pendek kata, jatuh terseliuh, lebam dan cedera sudah jadi rutin saya. Akibatnya belakang mula rasa sakit hingga ke tapak kaki.

Pernah juga saya pergi mengurut kerana kecederaan yang saya alami tetapi kerana tempat mengurut itu agak jauh dari Universiti itu sekali sahaja saya kesana. Dan saya pendam sakit itu kononnya tak mahu terlalu memikirkannya dan berharap ia akan baik sendiri suatu hari nanti

Tuntutan kerjaya saya sebagai Jurutera Rangkaian memerlukan saya banyak keluar pejabat dan pergi ke tempat pelanggan kami. Oleh kerana kerja saya melibatkan pemasangan kabel, perkakasan IT dan computer, makanya kebanyakan barang itu saya akan angkat sendiri selagi terdaya. Tanpa saya sedari sakit itu datang semula. Paling ketara di bahagian belakang hinggalah ke tapak kaki. Berdenyut-denyut dan sungguh menyakitkan.

Jadi apabila saya mula rasa sakit, saya akan makan kan ubat tahan sakit yang diberikan doktor. Memang lega, namun ia hanya berkesan untuk sementara waktu..

Hendak dijadikan cerita, pada tahun 2013 sakit belakang saya menjadi amat kronik. Sakit hingga saya berjalan mengengkang ke hospital kerana terasa amat perit di bahagian pinggang, punggung dan kaki. Jika saya berjalan seperti orang normal..sepertinya ada sesuatu mencucuk-cucuk belakang dan kaki saya.

Suami cadangkan saya refer terus ke pakar Ortopedik kerana keadaan saya yang amat merisaukan nya. Bila sesi soal jawab dengan pakar..pakar menegur saya kerana membiarkan masalah belakang saya yang berlarutan tidak dirawat sehingga 9 tahun lamanya.Pelik juga katanya saya boleh tahan sakit sebegitu.

Beliau menjalankan beberapa ujian dan hasil dari ujian MRI mendapati tulang L4 saya telah terkeluar sedikit atau dalam istilahnya Slip Disc. Kata doctor itulah yang menjadi punca kepada sakit belakang saya selama ini dan ia masih belum di tahap kritikal.

Saya ditahan wad selama seminggu dan menjalani beberapa sesi fisioterapi dan ia mendatangkan sedikit kelegaan. Namun kata doctor saya tidak boleh terlalu lasak dan mengangkat benda berat kerana masalah slip disc saya itu. Sedih mendengarnya kerana saya sedar sebagai seorang pekerja/ ibu pasti banyak perkara yang akan terbatas nanti.

Disebabkan tuntutan kerja yang agak sibuk ketika itu saya tidak menumpukan proses penyembuhan fisioterapi yang telah dijadualkan doctor, namun saya cuba ikhtiar dengan cara lain yang saya rasa fleksibel dengan diri saya.
Saya bertanyakan kepada rakan dan juga mencari di internet . Saya lihat ramai orang bercerita tentang khasiat Vivix yang telah membantu ramai pesakit kronik untuk kembali sihat. Jadi tanpa berlengah lagi,tanpa berkira kira berapa harga sebotol Vivix itu saya terus membeli sebotol Vivix dan juga GLA ( Saya consume serentak dengan Vivix kerana saya turut mengalami masalah prolong period).

Awal ambilan saya kena healig crisis yang teruk juga, pening kepala, tak sedap badan, rasa nak demam,tapi saya tabahkan hati juga untuk habiskan sebotol.

Perubahan yang mula-mula saya rasai, apabila Prolong Period saya yang tak berhenti selama 6 bulan (dimana seiring dengan sakit slip disc) berhenti serta merta. Prolong period ini tidak tahu apa puncanya kerana saya disahkan tiada cyst dan fibroid oleh Doctor O&G.

Perubahan ini turut disedari oleh suami. Katanya saya nampak sihat berbanding dulu dan tidak lagi mengadu sakit belakang setiap malam

Dan syukur pada anugerah yang tak terhingga dariNya yang saya hamil anak kami yang ketiga. Saya alahan diawal kehamilan namun tiada sakit pinggang atau belakang yang teruk seperti dua kali kehamilan sebelum ini. Dengan asbab Vivix dan GLA, slip disc dan prolong period saya sembuh. Badan saya sihat dan segar malah sentiasa bertenaga. Terima kasih Allah.”

Daftar Ahli Satu Kelebihan

Untuk mendapatkan harga yang lebih murah, saya nasihatkan anda untuk menyertai kami dan menjadi sebahagian daripada kami. Banyak manfaat yang anda dapat jika mendaftar sebagai ahli.

Klik sini untuk maklumat tentang kelebihan menjadi ahli shaklee. Apabila anda menyertai kami, banyak lagi bonus yang anda dapat

Kongsikan Dan Sebarkan

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini di media sosial dan juga kepada rakan-rakan anda supaya ianya bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anda kelak.

Untuk tempahan hubungi kami dan kami akan berikan servis yang terbaik untuk anda.

WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Tel : 013-232 1416
Email : puteribongsu33@gmail.com
FB LIkes : Seri Bongsu Healthy

Tumit Merekah Buat Anda Tidak Selesa!

Tumit merupakan salah satu bahagian tubuh badan manusia dan sangat penting untuk kita. Selain kecantikan wajah, kita juga perlu menjaga kecantikan kaki terutamanya bahagian tumit.

Jika tidak dijaga dengan baik, tumit anda akan merekah dan pecah. Saya juga pernah mengalami masalah tumit merekah dan kini setelah menjumpai penawarnya, masalah ini tidak lagi berulang. Continue reading Tumit Merekah Buat Anda Tidak Selesa!

Keburukan Ais : Kenapa Perlu Tinggalkan Ais?

Minum minuman berais adalah satu kegemaran yang saya tidak dapat tinggalkan sehingga kini. Sebelum hamil,saya memang berpantang daripada minum minuman ais.

Semasa hamil, saya sering berasa panas dan dahaga lalu mengambil minuman berais sehinggan minuman berais menjadi satu kegemaran untuk saya. Continue reading Keburukan Ais : Kenapa Perlu Tinggalkan Ais?

Manfaat Omega 3 Kepada Kesihatan Tubuh Badan

omega 3Omega 3 merupakan salah satu asid lemak yang sangat berguna dan diperlukan oleh tubuh badan kita. Tubuh badan kita tidak dapat menghasilkan asid lemak ini dan kita perlu mengambil makanan yang bersumberkan omega 3. Continue reading Manfaat Omega 3 Kepada Kesihatan Tubuh Badan

Sakit Sendi Kerana Kuat Bersukan

Sendi adalah struktur khas yang menghubungkan tulang antara tulang dalam tubuh badan manusia. Sendi amat penting untuk manusia untuk melakukan urusan seharian.

Sakit sendi boleh menyebabkan lumpuh jika kesihatan sendi tidak dititikberatkan.

Ikuti pengalaman seorang yang aktif sukan, hampir lumpuh kerana tidak menjaga kesihatan sendi. Selamat menonton.

Lelaki Kuat Sukan Liat Nak Amalkan Vitamin Sampai Dah Nak Lumpuh? from iReach HD on Vimeo.

Continue reading Sakit Sendi Kerana Kuat Bersukan