Kontraksi Bersalin & Cara Yang Terbaik Untuk Menanganinya

kontraksi bersalinApabila tibanya waktu untuk melahirkan, setiap ibu tidak akan terlepas untuk merasai kontraksi. Kontraksi ialah kesakitan yang dialami sebelum tibanya saat bayi keluar ke dunia.

Kontraksi berlaku disebabkan kepala bayi sentiasa menolak pintu rahim untuk keluar kerana sudah sampai masanya untuk bertemu ibu tersayang dan sudah tiba masanya untuk meninggalkan alam rahim.

Semua ibu merasai kontraksi dan cuma tempoh kontraksi adalah berbeza mengikut individu. Ada yang mengambil masa yang lama sehingga 8 jam atau 24 jam dan ada juga cepat sekitar 1 hingga 2 jam sahaja.

Kontraksi biasanya berlaku selepas turunnya tanda-tanda hendak bersalin. Tanda hendak bersalin biasanya keluar tompokan darah atau pecah air ketuban.

Semasa kontraksi berlaku, pelbagai posisi yang selesa diamalkan oleh ibu hamil. Yang penting mengikut keselesaan si ibu bagi menangani kontraksi bersalin.

Cara Menangani Kontraksi Bersalin

1. Ambil Posisi Yang Selesa

Ibu perlu bersandar pada sesuatu seperti bantal, dinding hospital, kepala katil, bersandar pada badan suami, di sofa dan sebagainya. Keadaan ini akan memberikan keselesaan pada ibu bagi mengurangkan kesakitan akibat kontraksi bersalin.

2. Urutan

Urutan juga boleh membantu melegakan kontraksi bersalin kerana membantu melancarkan peredaran darah. Mintalah bantuan suami untuk melakukan urutan di bahagian bawah belakang dengan menggunakan tapak tangan. Urut dengan gerakan memutar membentuk bulatan.

3. Tuam

Selain itu, cara yang tuaman juga boleh membantu. Pad air panas diletakkan di belakang bahagian bawah iaitu berhampiran kawasan pinggang untuk melegakan kontraksi.

4. Duduk Di Kerusi

Salah satu posisi menangani kotraksi bersalin ialah duduk di kerusi, tapi dalam keadaan terbalik. Bahagian depan badan menghadap ke belakang. Seterusnya, rebahkan kepala di atas tangan yang terletak pada penyandar kerusi.

Suami mainkan peranan dengan mengurut belakang isteri. Alas kerusi dengan bantal agar tangan dan kepala tidak sakit.

5. Posisi Duduk

Duduk dalam keadaan berlutut boleh mengurangi kesakitan sebelum bersalin. Ibu boleh duduk dalam keadaan berlutut, seterusnya bersandar pada kerusi dan bongkokkan bahagian belakang dan ke depan secara berulang-ulang.

6. Posisi Mengiring

Semasa kontraksi bersalin berlaku, ibu berasa sakit belakang kerana bayi sedang menolak. Untuk mengatasinya, ibu perlu mengiring dan letakkan bantal di pinggang, untuk mengurangkan sakit belakang.

Peranan Suami Dalam Menyambut Kelahiran

Peranan suami amat penting semasa kontraksi berlaku dan suami perlu menemani isteri dari awal sehinggalah tibanya waktu bersalin.

Hal ini demikian kerana, isteri memerlukan sokongan dan galakan daripada suami semasa menghadapi kontraksi. Ketika itu, suami perlu menenangkan isteri agar sabar menghadapi kesakitan.

Sakitnya kontraksi boleh menyebabkan isteri hilang pertimbangan dan ada juga yang tanpa sedar memukul-mukul tangan suami. Yang menggigit usah diceritakan dan ada juga yang sanggup turun dari katil labour room kerana tersangat sakit.

Bagi yang muslim, suami perlu mengingatkan isteri untuk berzikir dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran untuk memudahkan proses bersalin. Tugas suami juga membantu para bidan dan doktor semasa proses kelahiran.

Selamat Mencuba!

Bagi ibu yang sedang menanti hari untuk melahirkan, eloklah baca untuk persediaan ketika bersalin nanti. Semoga info tentang kontraksi bersalin yang diberikan dapat memberi manfaat untuk anda. Selepas baca, jangan lupa share untuk kebaikan bersama.

kontraksi bersalinWAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
MOHD HAFIZULLAH MANSOR
Shaklee Independent Distributor
Tel : 013-232 1416/017-971 2818
Email : [email protected]
FB LIkes : Seri Bongsu Healthy

Seorang Ibu yang bekerja dari rumah (WAHM), mempunyai dua orang cahaya mata, dan merupakan Konsultan Nutrisi Shaklee sejak tahun 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *