Tips Penjagaan Luka Berkhatan Supaya Cepat Sembuh

Baru-baru ini, anak kedua saya telah selamat berkhatan. Usianya baru 3 tahun 4 bulan dan kami memilih untuk berkhatan awal kerana beliau mengalami masalah phimosis. Klik sini untuk cerita tentang phimosis dan anak saya.

luka berkhatan

Justeru, saya ingin kongsikan pengalaman yang ada untuk penjagaan semasa berpantang. Berpantang kerana berkhatan bukanlah seperti berpantang selepas bersalin. Terdapat juga tips yang saya dapat daripada kawan-kawan yang berpengalaman dalam hal ini.

Ikuti tips penjagaan luka berkhatan yang saya buat sepanjang menjaga anak saya berpantang.

1. Air garam

Selepas berkhatan, dan kembali ke wad, doktor datang kepada kami untuk melihat luka berkhatan. Doktor pesan supaya basuh dengan air garam untuk elakkan jangkitan kuman.

2. Kawasan luka sentiasa kering

Pastikan kawasan luka berkhatan sentiasa kering dan perlu di lap jika basah. Kebiasaannya selepas kencing, luka akan terkena air. Jadi, setiap kali selepas anak saya kencing, saya akan lap dengan tuala bersih atau menggunakan cotton buds.

Kawan-kawan juga sarankan supaya anginkan sentiasa kawasan luka supaya sentiasa kering. Satu lagi, jangan pakaikan lampin untuk anak yang masih belum bebas lampin. Pastikan lapik tempat duduk dengan plastik sebagai langkah awal jika anak terkencing.

Apabila sudah berkhatan, secara automatik dapat buat latihan bebas lampin.

3. Pemakanan

Pemakanan untuk berpantang berkhatan tidak sama dengan berpantang melahirkan anak. Saya cuma berpantang daging dan telur sahaja. Ikan yang tidak gatal & ayam saya berikan untuk anak. Saya cuma masak ikan selayang sahaja.

Yang penting buah-buahan dan sayuran wajib ada untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka.

4. Pergerakan

Anak lelaki amat lasak dan tidak duduk diam. Hari keempat, sudah mahu keluar rumah dan bermain.  Doktor juga sarankan supaya anak tidak boleh berbaring sahaja semasa proses pemulihan. Cuma elakkan aktiviti yang agak lasak seperti bermain bola, berbasikal dan sebagainya. Jika terlalu lasak dikhuatiri akan mejejaskan kawasan luka berkhatan.

luka berkhatan

Posisi tidur juga perlu dijaga untuk minggu pertama. Semasa tidur anak saya banyak bergerak, berpusing dan ini menyebabkan saya risau. Sebagai penyelesaiannya, kami tidurkan beliau di katil baby. Pergerakan semasa tidur terhad dan untuk elakkan bird beliau sakit.

5. Ubat-ubatan

Sewaktu dibenarkan keluar wad, doktor bekalkan Parachetamol & CMC Eye Ointment. Paracetamol sebagai ubat tahan sakit & CMC untuk disapu pada bahagian luka berkhatan. Biasanya saya akan sapu 3 kali sehari atau setiap kali selepas anak membuang air kecil/besar.

6. Suplemen

Sesetengah orang rasa tidak perlukan suplemen. Tapi bagi saya, untuk percepatkan penyembuhan luka sangat memerlukan suplemen seperti Vitamin C, Zinc & Multivitamin.

luka berkhatan

Saya berikan anak saya Chewable Vitamin C, Mealshakes, & Omega Guard sepanjang beliau berpantang. Nutrisi yang lengkap membantu mempercepatkan penyembuhan luka.

Proses penyembuhan luka memerlukan protin, vitamin c dan zinc. Suplemen yang saya berikan buat anak, sudah lengkap kesemuanya. Hari ke 14, luka sudah tiada dan hanya tinggal benang untuk tanggal dengan sendiri sahaja.

Semoga entri ini dapat membantu ibu bapa di luar sana untuk dijadikan rujukan kelak.

tanda-tanda mengandung

WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
www.wassap.my/60132321416
Email : [email protected]

Seorang Ibu yang bekerja dari rumah (WAHM), mempunyai dua orang cahaya mata, dan merupakan Konsultan Nutrisi Shaklee sejak tahun 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *