Pengalaman Anak Bersunat Seawal Usia 3 Tahun Kerana Phimosis @ ‘Bebird Buta’

phimosis

Phimosis biasanya berlaku kepada golongan lelaki dewasa (bukan Islam) dan kanak-kanak lelaki. Ianya satu keadaan yang mana kulup tidak dapat ditarik balik ke atas. Kesannya, zakar menjadi bengkak kerana air kencing tidak dapat keluar dengan baik dan kencing tidak puas. Phimosis juga disebabkan oleh saluran kencing yang agak sempit.

Terdapat 3 cara untuk mengatasi masalah phimosis,

  1. Sapu krim steroid pada kawasan zakar
  2. Buat regangan lembut
  3. Jika cara 1& 2 tidak berkesan, bersunat adalah jalan terakhir. Bagi lelaki bukan muslim, biasanya doktor akan buat hirisan sedikit untuk melegakan pembukaan yang sempit.

Pengalaman Anak Mengalami Phimosis

Entri ini ditulis untuk berkongsi pengalaman dengan ibu bapa diluar sana tentang masalah ini. Masalah ini terjadi kepada anak kedua saya, Muhammad Hud yang berusia 3 tahun 4 bulan.

Perkara ini saya sudah perasan, tetapi saya ingatkan ini perkara biasa. Saya hairan kenapa bird anak agak kecil lubang keluar air kencing. Apabila membaca perkongsian seorang doktor di Facebook tentang bebird buta, saya rasakan ada persamaan. Tapi gejala & simptom belum kelihatan.

Sehinggalah pada 14 November 2018, Hud mengadu bird  sakit dan susah untuk kencing. Saya lihat bird Hud membengkak seperti belon. Keesokan harinya, saya terus bawa berjumpa doktor. Menurut doktor, ianya hanyalah jangkitan kuman. Tapi, jika masih berulang, doktor sarankan untuk rujuk ke hospital.

Sebelum itu, pernah juga bengkak, tapi tidak seteruk ini. Pada waktu itu, saya ingat bird digigit semut. Apa yang saya perasan, Hud juga kencing tidak puas. Bila kencing, dia akan berhenti sekejap & kencing lagi. Ini juga menyebabkan latihan bebas lampin (potty training) selalu tidak berjaya.

Selepas seminggu, bengkak pada bird Hud semakin baik. Kami berasa sangat lega dan tidak risau lagi. Akan tetapi, perkara ini berulang. Bird bengkak lagi selepas sebulan. Kami putuskan untuk rujuk ke Hospital Sultanah Zahirah. Malam sebelum ke hospital, kami sapukan krim serbaguna Herbal Blend pada kawasan bengkak. Esok harinya terus mengecut!. Tapi, kami teruskan juga niat untuk berjumpa mereka yang lebih pakar.

Di Unit Pesakit Luar, Hud dirawat oleh Doktor John. Beliau mengesahkan Hud mengalami masalah phimosis & saranan beliau adalah bersunat. Sebagai rawatan awal, Doktor John cuba membuka sedikit jalan pada bird untuk memudahkan kencing.

2 minggu kemudian, kami perlu berjumpa pakar di SOPD HSNZ. Sewaktu jumpa pakar, doktor juga mengatakan hal yang sama. Bird Hud sempit salurannya & perlu bersunat. Kami putuskan untuk bersunat kerana dibimbangi, perkara yang sama akan berulang. Inilah jalan terakhir.

Anakku Sudah Teruna

Proses bersunat dilakukan pada hari Sabtu, 26 Januari 2018 di Dewan Bedah Umum HSNZ. Prosedur untuk bersunat kanak-kanak usia Hud, amat rumit sedikit kerana perlu dibius penuh dan berpuasa sebelum tidur, sehinggalah bersunat.

Proses ini amat menguji mental dan fizikal kami ibu bapa. Untuk bersunat pada usia ini, ibu bapa perlu kuat. Bayangkan anak perlu berpuasa selama 12 jam. Kesian apabila Hud asyik sebut makanan dan air, tetapi kami terpaksa endahkan kerana ingin menyelesaikan proses bersunat dahulu.

phimosis

Selepas sedar daripada bius, barulah Hud dapat makan. Alhamdulillah, syukur dapat kami panjatkan. Maka, bermulalah proses berpantang sunat untuk Muhammad Hud. Petang hari yang sama, Hud dapat discharged. Kerana bersunat, Hud juga dapat buat latihan bebas lampin (potty training) sekaligus.

Semoga entri ini dapat membantu ibu bapa di luar sana untuk dijadikan rujukan kelak.

tanda-tanda mengandung

WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
www.wassap.my/60132321416
Email : [email protected]

 

Seorang Ibu yang bekerja dari rumah (WAHM), mempunyai dua orang cahaya mata, dan merupakan Konsultan Nutrisi Shaklee sejak tahun 2013.

One thought on “Pengalaman Anak Bersunat Seawal Usia 3 Tahun Kerana Phimosis @ ‘Bebird Buta’”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *